Pokok Neem

8:17 PG Edit This 0 Comments »




Pokok neem ni memang diketahui amat berkhasiat dikalangan kita, apatah lagi mereka yang tinggal di kampong. Masyarakat India paling banyak menggunakan pokok ni. Sebab itu tak hairanlah pokok ini sering ditanam di perkarangan rumah orang India. Ianya diantara pokok herba yang tertua di dunia. Hampir 4000 tahun. Nama lainnya ialah neem/margosa ( nama botaninya : Azadiradita indica). Usia pokok neem ni boleh mencapai 200 tahun - hampir 4 generasi boleh dapat manfaat pokok ni. Setahu saya masyarakat kampong menggunakan daun ini untuk merawat demam campak. Digiling bersama bedak sejuk dan disapu diseluruh badan. Daunnya juga di letak di bawah bantal/tilam( Saya tidak tahu pula bagaimana ini boleh membantu meredakan penyakit campak) saya juga ada terbaca dalam artikel yang pengamal memakan daun neem jarang mengalami sakit kompleks.
Di India daun neem/kulit/akarnya digunakan untuk merawat luka-luka, kesan terbakar, calar2, sakit telinga, sakit kepala, demam, sakit kerongkong, keracunan makanan, kayap, hepatitis, selsema,VD, jerawat, penyakit kulit, penyakit jantung, masalah pengaliran darah,buah pinggang, masalah penghadaman dan ulcer. Di Brunei ada juga di antara masyarakat kitani yang kurang tahu mengenai pokok herba ini

0 ulasan: