ACAR TIMUN - masak

9:50 PTG Edit This 0 Comments »
Sempena bulan Syaaban yang mulia ini, ramai yang sedang membuat kenduri Tahlil/Arwah di Brunei. Maklumtah kitani orang Brunei ani kelazimannya tah tu kan.... so untuk kongsi bersama untuk kawan-kawan silalah mencuba resipi ani. Ani dari my favourite Resipi Diana tau, sudah d cuba jua oleh my friends and myself, it's nice & simple they said...boleh tambah bijan jua lagi kick...

ACAR TIMUN
Bahan-bahannya
3 batang timun, dibuang hatinya dan dipotong panjang
1 batang lobak, dikupas kulitnya dan dipotong panjang macam mancis
3 batang lada merah, dibelah empat memanjang
3 batang lada hijau, dibelah empat memanjang
6 ulas bawang kecil (pilih dan ambil yang comel-comel)
3 ulas bawang putih (pilih dan ambil yang comel-comel)
3 – 4 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
8 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 biji buah keras
Cara-caranya
1. Timun dan lobak yang telah dipotong panjang dicuci bersih dan toskan sehingga kering.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingg naik bau.
3. Masukkan cuka, gula, garam dan serbuk perasa. Gaul rata.
4. Masukkan timun, lobak, lada merah, lada hijau, bawang kecil dan bawang putih. Gaul kesemua bahan-bahan sekejap sehingga rempah rata dan padamkan api.

Nota: Bila masukkan timun, lobak, lada merah, lada hijau, bawang kecil dan bawang putih, hendaklah kecilkan api dan gaul rata dengan cepat. Jangan digaul sampai sayur-sayuran layu. Acar timun mesti ada rasa ranggup pada timun dan lobak.

0 ulasan: