Sweet flora for d twin.1

9:25 PG Edit This 0 Comments »





Teringatkan sipemakainya nak berjalan jauh (study @ london) rasa nak terbang siapkan baju ni, mata dah ngantuk tapi kesian jugak, buat masa ni tempahan tak di terima lagi! pemilik baju ni sebetulnya kembar. Bonda dia mintak i buat juga baju ni untuk si kembar tersayang. Ibunda mana tak terasa kan anak nak berjalan jauh.... terasa sayu jugak bila ingat dia nak bertolak 11 september nih...apa2 pun sempat lagi lah nak melaram dengan baju ni. 2 hari jugak nak siapkan baju ni. Seterusnya nak buat lagi baju kembar yang 1 lagi + adik dia...

Baju Raya lagi...

10:05 PG Edit This 0 Comments »

Tuan punya baju ni orangnye cantik, berkulit perang dan manis sebab tu dia pilih color baju pink yang manis ni kot...hehehe tapikan masa hantar baju ni dia kata baju ni kureng menawanlah. Sebab tu dia mintak i upgrade sikit supaya ada mood katanye! So puasa ni kan, i cume ada waktu malam n kadang2 tu petang je jahit..nak siapkan mcm ni dalam 5 hari jugak sebab ada baju lain yang nak di siapkan. Tersenyum manis tuan dia bila nampak baju dia dah siap, syukur alhamdullilah lega hati bila dah dapat siapkan....nya orang brunei 'jangan jara k"

Baju Raya

9:53 PG Edit This 0 Comments »


Hai hai hai macam2 ragam raya kan!...biasa le tu musim perayaan ni kan semua nak ala ala trendy walaupun tak over tapi pelanggan yang sorang ni tetap maintain simple. Baju yang dia hantar sebenarnya ada 3 dengan konsep bunga yang sama utk anak2 n 1 untuk sang ibu.. ewah2 maintain sedondon le katakan...simple but keep in style. Orangnye pun simple, tak banyak kerenah sukelah dengan tuan punye baju nih harap2 suke ye!

Marhaban Ya Ramadhan

9:01 PTG Edit This 0 Comments »


“Semua amal seorang anak Adam (manusia) adalah untuk dirinya kecuali puasa, sebab puasa itu adalah untukKu, dan Akulah yang akan memberinya pahala.” (Hadits Qudsi).

Mencermati hadits qudsi tersebut, Ibn al-Qayyim al-Jawziyah dalam kitabnya Zad al-Ma’ad fi Huda Khayr al-‘Ibad memberi penjelasan bahwa puasa itu, “…adalah untuk Tuhan seru sekalian Alam, berbeda dengan amal-amal yang lain. Sebab seseorang yang berpuasa tidak melakukan sesuatu apa pun melainkan meninggalkan sahwatnya, makanannya, dan minumannya demi sembahannya (ma’bud, yakni Tuhan).”

Lebih lanjut Ibn al-Qayyim mengatakan: “… Orang itu meninggalkan kesenangan dari kenikmatan dirinya karena lebih mengutamakan cinta Allah dan ridha-Nya. Puasa itu rahasia antara seorang hamba dan Tuhannya, yang orang lain tidak mampu melongoknya.”

Jadi, salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang pribadi atau personal, bahkan rahasia antara seorang manusia dengan Tuhannya. Dan segi kerahasiaan itu merupakan letak dan sumber hikmahnya, yang kerahasiaan itu sendiri terkait erat dengan makna keikhlasan dan ketulusan.

Antara puasa yang sejati dan puasa yang yang palsu hanyalah dibedakan oleh, misalnya, seteguk air yang dicuri minum oleh seseorang ketika ia berada sendirian.

Oleh karenanya, puasa benar-benar merupakan latihan dan ujian kesadaran akan adanya Tuhan yang Mahahadir (omnipresent), dan yang mutlak tidak pernah lengah sedikit pun dalam pengawasanNya terhadap segala tingkah laku hamba-hambaNya.

Puasa juga merupakan penghayatan nyata akan makna firman Allah Swt bahwa:

“Dia (Allah) itu bersama kamu di mana pun kamu berada, dan Allah itu Mahaperiksa akan segala sesuatu yang kamu perbuat.(QS.57:4). Kepunyaan Allahlah Timur dan Barat; maka kemana pun kamu menghadap, di sanalah wajah Allah.” (QS. Al-Baqarah/2:115).

Pemikir Islam modern asal Mesir, Ali Ahmad al-Jurjawi, dalam uraiannya tentang hikmah puasa, mengatakan bahwa puasa adalah sebagian dari sepenting-penting syar’i (manifestasi religiusitas) dan seagung-agung qurbah (amalan pendekatan diri kepada Tuhan).

Bagaimana tidak, padahal puasa itu adalah rahasia antara seorang hamba dan Tuhannya, yang tidak termasuki pamrih, kecuali berharap atas Wajah Allah. Tidak ada pengawas dirinya selain Dia.

Dari penjelasan itu tampak bahwa sesungguhnya inti pendidikan Ilahi melalui ibadah puasa ialah penanaman dan pengukuhan kesadaran yang sedalam-dalamnya akan kemahahadiran Tuhan.

Kesadaran itu pula yang melandasi ketakwaan atau merupakan hakikat ketakwaan itu, dan membimbing ke arah tingkah laku yang baik dan terpuji. Dan dalam konteks ini pulalah esensi puasa menjadi amat penting di tengah kian tak terbendungnya pola hidup hedonis yang serba materialistic. Wallahua’lam.

[]di petik dari: Ahmad Nurcholish

Beads

12:34 PG Edit This 0 Comments »
Untuk tak menghampakan request kawan2 so i take this opportunity meng'upload' jugak lah image nih, yang ni dibuat untuk my friend tersayang yang few times ke cina with me :) orangnya simpel n cuma nak tangan je yang di buat manik so i buatlah setakat yang termampu kain ni kain chiffon dengan rona biru + bunga2 kecil yang cute. Harap2 my friend tu suke lah yea!!!!!
Buat pengumuman masa ni i ada bnyk tempahan so harap maaf jika tak dapat nak meng'upload' image yang terbaru yea....tq for dropping by at my blog...selamat menjalankan ibadah puasa kepada semua umat islam dimana jua berada!!!


Nantikan my comming beads...

8:30 PG Edit This 0 Comments »



Cousin's Wed

8:18 PG Edit This 0 Comments »

Amits & cousins join together!

With 2 of my aunties...

Happy day Irra & Ariffin....

Me n d Bride!

Today's cousin kawin, so much fun last nite we gathered after for so long tak chat panjang..masing2 bz workin. Sempat lak catch d precious moment!!!

Baby flower....

8:02 PTG Edit This 0 Comments »
Tuan punya baju ni orangnya cute kecil molek...dont want over done katanya so i comeup with this design sudahnya..




NISFU SYAABAN.....

8:54 PTG Edit This 0 Comments »

Malam Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya

i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi

Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam

http://e-malabari.net/ugama/nisfusyaaban.htm

Manik lagi

10:11 PTG Edit This 0 Comments »

Tuan punya baju request for kalung yang ada bunga, batu permata n creazy beads, so i did what she wants ni lah hah jadinya....

Ni pulak design pada hujung tangan. Kene bagi simple je takut ter'over' lak bila penuh ber'bunge'

I paling suke, yang part nih...so cute

Ni lah peralatan kerja2 manik kat rumah..

Yang ni manik bahagian dada/depan....