AGAR-AGAR TEMBIKAI.....it's fun n yummy....

10:14 PTG Edit This 0 Comments »



Hah ni is my cutest agar-agar on the list... aku cari-cari resepi ni coz addicted sangat kn buat n kan makan ahirnya jumpa jua rah myresepi...tq!!!
Agar-agar Semangka/Tembikai
1 bungkus agar2
2.5 cawan gula pasir/ikut manis
6 cawan kecil air
4 biji putih telur
pewarna hijau-utk kulit
pewarna merah/kuning-utk isi
sedikit kismis-utk biji
sedikit esen rose-opt..kita tak bubuh pun
Caranya:-
1. Pukul putih telur hingga kembang/meringue
2. Sementara itu, masak agar2 bersama gula ndan air sehingga agar2 larut.Masuk esen rose jika suka.
3. Tapis agar2 ke dlm putih telur dan pukul lagi hingga hampir2 sejuk.
4. Tuangkan ke dlm bekas bulat. Taruhkan sedikit pewarna merah/kuning ditengah agar2.
5. Kacau dgn chopstick/lidi sate. Jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. Letakkan kismis di permukaan agar2 tadi dan masukkan dlm fridge.
7. Bila agar2 dah sejuk, keluarkan dr bekas dan terbalikkan lalu disapu pewarna hijau sbg kulit.
8. Potong dan hidangkan.


Tapi bila masa membelah tembikai agak kecewa,bahagian atas ok tp lapisan bawah ko...Setelah meneliti sebab dan musabab napa agar2 ini tak menjadi,dpt dirumuskan.
1. Tidak pukul campuran agar2 dgn putih telur sehingga betul2 sejuk.
2. Putih telur sedikit berbanding dgn bahagian agar2 (telur yg digunakan agak kecil)
3. Masa memukul tidak sampai ke bahagian bawah agar2 krn guna bekas yg agak tinggi
4.Rasa agar2 terlalu manis,mungkin terlebih gula

0 ulasan: